Untuk penunggang, pelari & kaki jalan Malaysia

Bosan dengan Morning Ride?

Stranama tukar nama aktiviti Strava anda secara automatik kepada petikan lagu, filem, peribahasa dan loyar buruk — semuanya dari Malaysia. Anda kayuh, kami bagi nama. Itu je.

62 nama dalam pool 2 aktiviti dinamakan Percuma
Ahmad Kayuh
Hari ini 6:42 PG · Kajang, Selangor
Morning Ride
Kayuh je lah, jangan banyak fikir
Loyar buruk
Jarak
62.4 km
Naik
718 m
Masa
2j 21m

Cara ia berfungsi

Tiga langkah. Langkah ketiga paling senang — tak buat apa-apa.

1

Sambung Strava

Log masuk sekali dengan Strava dan benarkan Stranama mengedit nama aktiviti anda.

2

Kayuh, lari, jalan

Rakam macam biasa — Garmin, Wahoo, telefon, MyWhoosh, Zwift. Tak perlu tukar apa-apa.

3

Upload tanpa nama

Bila Strava letak nama default macam Morning Ride, Stranama gantikan dalam beberapa saat.

Tak suka? Tambah :(
Edit nama, tambah :( di hujung dan simpan. Kami bagi nama lain.
Nama sendiri dihormati
Kalau anda dah beri nama, Stranama tak sentuh langsung.
Kredit sumber
Deskripsi aktiviti disertakan nama artis atau filem, dan pautan kecil ke Stranama.
Anda pilih
Pilih jenis aktiviti dan kategori nama. Boleh pause bila-bila.

Dari mana datangnya nama?

Semua dikurasi tangan, semua dari Malaysia. Tiada AI yang mengarang pantun pelik.

0 nama

Lagu

Baris lagu Melayu, rock kapak, dangdut, balada 80-an dan lagu raya — lengkap dengan nama artis.

0 nama

Filem & TV

Dialog ikonik filem klasik hitam putih sampai ke filem box office dan drama TV tempatan.

30 nama

Peribahasa

Kebijaksanaan orang tua-tua. Sedikit-sedikit, lama-lama jadi bukit — sesuai sangat untuk kilometer.

32 nama

Loyar buruk

Manglish, lawak mamak, dan penderitaan zon 2 yang jadi zon 5. Ditulis khas untuk Stranama.

Contoh rawak dari pool

Kayuh je lah, jangan banyak fikir Sambil menyelam minum air Recovery ride konon Nasi sudah menjadi bubur Jauh berjalan, luas pemandangan Heart rate zone: Mamak Seperti cacing kepanasan Kaki ayam, jantung harimau Tak kenal maka tak cinta Air tenang jangan disangka tiada buaya

In English

Stranama is a free hobby service for Malaysian riders, runners and walkers. Connect your Strava account once. When you upload an activity with a default title like Morning Ride, Stranama replaces it with a Malaysian proverb, song or film line, or a local joke, and adds a short credit to the description. Titles you write yourself are never changed. To get another name, add :( to the end of the title. You can pause or delete your account at any time. See the privacy policy.

Soalan lazim

Percuma. Server kecil je, kos dia secawan teh tarik sebulan.

Nama automatik Strava seperti Morning Ride, Lunch Run, Evening Walk. Pilihan tambahan: nama auto dari MyWhoosh, Zwift, ROUVY dan Garmin (contoh Kajang Road Cycling).

Ride, Virtual Ride, Gravel, MTB, E-Bike, Run, Virtual Run, Trail Run, Walk dan Hike. Anda boleh pilih mana satu dalam tetapan.

Hanya ID atlet, nama, token akses Strava dan senarai nama yang pernah diberi. Tiada GPS, tiada data kesihatan, tiada iklan. Baca polisi privasi.

Pause dalam halaman Akaun, atau padam akaun terus — akses Strava akan dibatalkan serta-merta.

Boleh! Hantar cadangan melalui mohdneotech.com. Untuk lagu dan filem, sertakan nama artis/filem dan tahun.
Jom, bagi aktiviti anda nama yang ada jiwa.
Sekali sambung. Lepas tu kayuh je.
Connect with Strava